CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 16, 2008

SENARAI GURU-GURU YANG MENGAJAR 1RK1 & 1RK2 TAHUN 2008


ANALISIS INPUT


Saturday, November 15, 2008

ENROLMEN KRK SMK TMN JOHOR JAYA 2008











Thursday, November 6, 2008

Lagi imbasan tahun 2008 bersama 1 RK

Tekun menduduki peperiksaan .


English corner kelas IRK1.
Tahniah Cikgu Rozana, guru kelas IRK1 dan para pelajar 1RK1.

Imbasan 2008 bersama batch pertama KRK SMKTJJ1

Yang mana satu Teacher De ni?

Wajah-wajah kesayangan saya.

Tangkas melangkah,
teguh kekudanya,
utuh genggamannya
inilah pemuda harapan bangsa


Walaupun berada di barisan belakang namun KRK tetap menjadi keutamaan saya.




Lagi wajah-wajah ceria pelajar-pelajar KRK.



SPM


Good Luck to all form 5 students.


Semoga dapat mengharumkan nama sekolah dengan keputusan cemerlang.

Friday, October 31, 2008

URL ADDRESS UNTUK SEMUA BLOG KRK PG

http://www.krksmktamandaya.blogspot.com/

http://www.krksmkpg.blogspot.com/

http://www.krksmkdpt.blogspot.com/

http://www.krksmkut.blogspot.com/

http://www.krksmkpj.blogspot.com/

http://smkskp2jb.blogspot.com/

http://krksmkkotamasai.blogspot.com/

Jemputlah melawat blog ni semua.

Cantik-cantik belaka.

Musim Haji


Alhamdulillah kini tiba musim haji. Ramai saudara mara dan rakan taulan yang sedang bersedia untuk berangkat ke tanah suci Mekkah. Ada juga ibu bapa kepada pelajar RK sekolah saya yang akan berangkat minggu hadapan. Mereka juga tak lupa menjemput saya ke kenduri doa selamat pada 8 November ini. Insyaallah akan saya usahakan untuk hadir.


Kepada jemaah haji saya doakan semoga mendapat haji yang mabrur. Doakanlah juga untuk kesejahteraan seluruh umat Islam di muka bumi ini. Saya juga ingin menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti andai di izin Allah.

Saturday, October 25, 2008

Kata-kata hikmah

KATA-KATA HIKMAH

BE THE BEST, BEAT THE REST
HENDAK SERIBU DAYA, MAHU SERIBU CARA
MAHU ATAU TIDAK MAHU?
KALAU MAHU BETUL-BETUL MAHU

JANGAN BERI DALIH, TAPI KATA BOLEH
TUKARKAN I CAN’T KEPADA I CAN

DIMANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA “A ONE”
UNTUK MENDAPAT SATU YANG BESAR
SAYA MESTI SANGGUP KORBANKAN BANYAK PERKARA YANG KECIL
PERKARA-PERKARA KECIL MELIPUTI:
·
MENONTON TV, BACA BUKU CERITA DAN KOMIK
·
BERBUAL KOSONG, BERBUAL DI TELEFON DAN MENDENGAR RADIO
·
BERMAIN KOMPUTER, BERSIAR-SIAR, TIDUR PADA WAKTU SIANG DAN SEBAGAINYA.
BANYAK PERKARA YANG KECIL BOLEH MENGHALANG SESEORANG MENDAPAT SESUATU YANG BESAR

I MUST BELEIVE THAT I CAN SUCCEED IF I AM TO SUCCEED
PAKSA DIRI BUKAN MANJAKAN DIRI JIKA MAHU BERJAYA
SUKA ATAU TIDAK SUKA, ASALKAN SESUATU PERKARA ITU PENTING, KITA MESTI LAKUKAN
HENDAK SERIBU DAYA, MAHU SERIBU CARA
FOR THINGS TO CHANGE , I MUST CHANGE FIRST

DISIPLIN BERMAKNA KITA MEMBERI SEPENUH TUMPUAN KE ATAS SESUATU KERJA
SEHINGGA KERJA BERKENAAN SELESAI DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA SAMA
ADA KITA SUKA ATAU TIDAK SUKA MELAKUKAN KERJA BERKENAAN.

Pengenalan kepada KRK SMK TJJ1

SEKOLAH MENENGAH TAMAN JOHOR JAYA 1

KELAS RANCANGAN KHAS
(KRK)
KECEMERLANGAN RAIH KEGEMILANGAN

MISI
Kelas Rancangan Khas berhasrat menyediakan standard pembelajaran yang tinggi demi melahirkan murid yang berketrampilan dan cemerlang.

VISI
Kelas Rancangan Khas berusaha untuk membentuk membentuk murid supaya boleh menyerlahkan potensi sebenar dari segi komitmen dan kualiti agar boleh bersaing dalam dunia global, dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif berteraskan penambahbaikan yang berterusan.




MATLAMAT
Melahirkan murid yang cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

OBJEKTIF
1. Menghasilkan 100% murid mendapat ‘Perfect Score’ dalam pencapaian
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2. Menyediakan wakil-wakil sekolah dalam pertandingan kokurikulum di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
3. Menghasilkan murid-murid yang mewakili dan mengamalkan
keperibadian tinggi dan mulia sepanjang masa.
4. Menjadi ‘Role Model’ kepada murid-murid lain.

LATAR BELAKANG KELAS RANCANGAN KHAS
Kelas Rancangan Khas (KRK) ini bermula pada awalnya sebagai satu alternative kepada murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum namun gagal mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Hal ini kerana bilangan tempat di SBP yang terhad. Keutamaan diberikan kepada murid luar Bandar yang serba-serbi kekurangan. Murid-murid ini ditempatkan di sekolah-sekolah yang menawarkan KRK.
Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh tiga puluh tahun yang akan datang, kurikulum pendidikan memainkan peranan yang penting untuk membina rakyat yang boleh menguruskan kerjaya dan kehidupan mereka serta menangani cabaran dalam dunia yang bertambah kompleks ini.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dirancang untuk memenuhi keperluan demikian, namun pencapaian pelajar pada keseluruhannya masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ada sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang terlalu ramai membuatkan situasi pembelajaran menjadi kurang kondusif. Keadaan ini jika berlarutan boleh menjejaskan cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.
S
etelah mengkaji perspektif ini dengan teliti, Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ, mengambil inisiatif membuka KRK bagi 16 sekolah Premier yang mempunyai asrama harian dalam menampung kekurangan tempat di SBP. Adalah sesuatu yang malang, bilangan pelajar yang berjaya mencapai tahap prestasi yang cemerlang gagal menyambung pelajarannya di SBP.
Natijahnya, KRK diwujudkan atas kesedaran untuk memastikan pelajar Bumiputra memperoleh tahap prestasi pembelajaran yang cemerlang.
KRK di SMK Taman Johor Jaya 1 telah menerima kemasukan pertama pada tahun 2008 dengan menempatkan seramai 47 orang pelajar tingkatan 1 dalam dua kelas berasingan iaitu 1RK1dan 1RK2.



Friday, October 24, 2008

Open house






Waktu menulis blog ini, saya berada di rumah saya di Taman Pinggiran Saujana, Kajang, Selangor. Lepas sembahyang jumaat kami sekeluarga pun bertolak balik. Hari ini, hari Sabtu, ada jiran buat kenduri kahwin. Sejak tiba malam tadi, suami sibuk menolong apa-apa kerja yang patut. Petang ini, kami akan ke Tasik Kesuma, ada open house officemate husband. Malam ni pun.

Teringat open house Haji Hamid PK1 SMKTJJ1, cantik dan besar rumah Haji. Haji Hamid dapat layan semua tetamu walau yang datang ramai sekali dalam satu masa. Terima kasih Haji. Layanan dan hidangan sangat dihargai. Setakat ini, saya dah ke rumah Cikgu Norbaya, ex class teacher 1rk1 coz now she incharge of form 5, rumah cikgu adila, ex rk KH teacher coz now she's with the afternoon session team.

As for my house in Kajang tak de open house tahun ni, walaupun selama ini menjadi kebiasaan saya dan suami. Ini antara perkara yang buat kami terkilan kerana berada di rantauan.
Mujur anak-anak murid tersayang ada berkunjung ke rumah sewa di Jalan Bakawali.

Permintaan rakan dan saudara untuk berkunjung juga terpaksa dihampakan kerana kami tiada di Kajang.Mohon semua bersama-sama berdoa agar saya berjaya dapat transfer. Kerana moto hidup saya, suami ceria anak gembira saya bahagia.
antara yang lain-lain boleh jugak melawat ke http://ctde5.blog.friendster.com/

En. Radzif ..bila nak jemput kami ke open house tuan? maaf ye, blog krk dah jadi lebih personal.

Bermarhaban di bulan Syawal, Adat negeri Johor yang sungguh mulia.

Bulan Syawal memberi seribu kebahagiaan pada saya sekeluarga. Banyak kenangan saya perolehi di negeri Johor yang sangat manis untuk saya bawa balik ke Selangor andai saya berjaya dalam permohonan transfer saya le.

Adat bermarhaban dari rumah ke rumah yang sedang berjalan hebat di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya sangat memberi kesan di hati saya dan suami. Rumah saya terasa penuh keberkatan sesudah dua kali menerima kunjungan rombongan marhaban lelaki dan perempuan.

Cuma saya kurang persediaan dalam menyediakan juadah dan duit raya kerana kurang arif dan kurang pendedahan tentang apa yang patut saya standby sebagai tuan rumah. Tapi andai kata saya meraikan bulan Syawal di Johor buat kali kedua tahun 2009, saya sudah tahu apa yang patut saya buat.

Terima kasih kepada rombongan marhaban yang ikhlas memeriahkan acara sekaligus memberi peluang kepada semua orang untuk berkongsi nikmat pahala yang pada saya extra marks lah.

SMK TJJ1 pun tidak ketinggalan apabila pada 22 Oktober yang lalu iaitu pada hari Rabu, kami telah sama-sama rewang dan mengadakan majlis sambutan jamuan hari raya plus marhaban. Sebagai guru baru, seorang anak rantau , aktiviti seperti ini sangat menyeronokkan. (Rewang pun satu perkataan yang saya dapat dari negeri Johor ni). Bak kata pepatah, makes me feel like home lah.

Maaf gambar tak de..kena mintak dari cikgu2 lain. Kemudian saya uploadkan gambar saya racikkan ayam, assist ketua bidang bagi duit raya, makan ramai-ramai dan banyak lagi.


Cuba surf Page ni ,menarik http://www.marhabandiastro.com/2008/index.html

Akhir kata selamat bermarhaban.

Happy Deepavali


To all Indian teachers and students, Happy Deepavali, may your life be lighted throughout the years.
For non-Indian, we share the joy and happiness too.
Of course we enjoy the long holidays the most.
A lot of info from the net about Deepavali. I like the one Uthaya Sankar wrote. He is with new India generations idealisme. Care to surf this http://www.freewebs.com/suaraanum/0910b02.htm and http://www.geocities.com/uthayasb2001 .
Happy Deepavali and Happy Holidays. Bye

Isu Blog

Mengemaskini blog memang sesuatu yang menarik dan mengasyikkan bagi mereka yang mahir dan cintakan aktiviti itu.

Namun bagi yang kurang mahir beserta kesibukan dengan pelbagai tanggungjawab bab kata orang putih 'all in one' , i'm a mother, i'm a teacher, i'm my own administrator, i'm a good neighbour, i'm a good community member and now i'm a blogger, tugasan ini agak menuntut kesabaran tahap dewa.

Sungguhpun begitu, we usually can manage, bak kata pepatah dalam resume saya 7 tahun dulu, able to adapt well in any environment.

Tapi honestly, i will spend about 5 hours to surf the net.

Why so long?

firstly, vista need more than 3 minutes to start, secondly, connecting to internet for each webpage needs time too, then acara selingan, buat susu anak, jawab sms, jawab panggilan, cari info untuk P&P, edit gambar sblm upload, tengok berita kat tv, solat, tidur jap sbb mengantuk, basuh kain, jemur kain, sekarang sibuk menyemak kertas periksa, makan minum mandi dan dua lagi tuntutan hakiki.

So, for those who manage to update their blogs, surely a managable person, hehehe.

But for the superiors, kindly understand. i suggest u call us up for a meeting somewhere with excellent internet connection, then let us update our blog freely provided an IT expert assisting us. Then, make it once a quarter year ke kan. Thank you.

i beleive that is all on my mind at the momment. Till next update. Bye.

Tuesday, October 21, 2008

Picasa Web Albums - siti

Picasa Web Albums - siti

Karnival KRK Daerah Pasir Gudang 2008 di SMK Tmn Daya

En Radzif sedang memberi ucapan



En Rashid sedang beri ucapan


Athisa, pelajar 1RK2 dari SMKTJJ1 dengan lagu Bahtera Merdeka






Perlawanan petanque antara SMK PG dengan SMK TJJ1. Namun pengalaman memberi kelebihan kepada SMK PG kerana berjaya mengalahkan pasukan SMK TJJ1 yang masih belum mahir dengan permainan ini. Yang pasti, andai permainan ini dipertandingkan tahun hadapan dan andai pengetua sekolah berjaya mendapatkan sumbangan atau memberi kebenaran kepada pihak koperasi untuk membeli alatan permainan ini , sudah pasti pasukan SMK TJJ1 akan memberi saingan yang ultra hebat kepada sekolah-sekolah lain.












Alhamdullillah, akhirnya Karnival KRK daerah Pasir Gudang 2008, telah selamat ditutup rasmi dalam satu majlis yang tidak kurang meriahnya di SMK Taman Daya pada 18 Oktober (Sabtu) yang lalu.

Ketika menyampaikan kata-kata aluan, Ucapan tahniah dan terima kasih daripada En. Rashid selaku Pengerusi dan En Radzif, PKM dari PPD PG turut diakui semua pihak, begitu juga dari saya secara peribadi.

Rasa bangga menjadi sebahagian yang terlibat walau diri masih baru dan masih belajar selok belok mengendalikan apa-apa acara.
Rasa rendah diri dan sedikit terguris ketika mendapat kritikan pedas dari seorang guru yang turut mengajar krk sekolah saya sebaik selesai kelima-lima pertandingan yang diadakan di sekolah saya, akhirnya terubat dengan 2 kemenangan tempat kedua oleh wakil nyanyian solo perempuan dan petanque.

Kepada Cikgu Ayu, terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Cikgu Ayu tegas orangnya, namun dalam berapa aspek yang lain, Cikgu Ayu is actually a very helpful person. Thank you Cikgu Ayu.




















































Wednesday, October 8, 2008

Lagi gambar gambar Karnival KRK


Gambar kiri : Pertandingan Scrabble yang dikendalikan oleh Cikgu Azianti dengan jayanya.

Sedang memerhati ialah Cikgu Nik Rusli dan Cikgu Khairul Nizam (duduk) segak berpakaian korporat.


Gambar bawah. Antara pemantun yang petah berbicara. Kalau tak silap wakil dari SMK Tmn Daya.









Gambar kiri: Pemidato handalan dari salah sebuah sekolah KRK daerah pasir gudang.


Gambar bawah: Pemenang tempat pertama dan kedua Pertandingan Scrabble kategori perempuan sedang dibantu oleh Cikgu Nik Rusli.

Gambar Karnival KRK


Gambar Kiri : Pertandingan Pesta Pantun Karnival KRK di SMK Tmn Johor Jaya 1









Gambar kiri dan gambar atas: Lagi gambar Pesta Pantun




Gambar bawah : Pertandingan catur.

Monday, September 22, 2008

Karnival KRK Daerah Pasir Gudang 2008


Terdapat 5 pertandingan yang diadakan di SMK Tmn Johor Jaya 1 iaitu pertandingan pidato, pantun, public speaking, scrabble dan catur.
Kesemua sekolah krk daerah pasir gudang menghantar wakil masing-masing.
Berikut keputusan pertandingan.
Pemenang Pertandingan Pantun
1. SMK TMN DAYA
2. SMK PASIR GUDANG
3. SMK ULU TIRAM
Pemantun yang akan mewakili daerah pasir gudang
1. MD YUSRI SMK PG
2. NORIZATI SMK PG
3. NADZIRA SMK TD
4. MD SHAFIQ SMK TD
Pemenang Pertandingan Pidato
Kategori Lelaki
1. SMK KOTA MASAI
2. SMK ULU TIRAM
3. SMK PASIR GUDANG
Kategori Perempuan
1. SMK TMN DAYA
2. SMK PASIR GUDANG
3. SMK ULU TIRAM
Wakil pidato daerah pasir gudang ke peringkat negeri
1. Lelaki M.AFIQ B. HAMDAN SMK KOTA MASAI
2. Perempuan ERNAWATI BT BUSINI SMK TMN DAYA
Pemenang Pertandingan Public Speaking
1. SMK ULU TIRAM- Yap Ban Ho (Lelaki)
2. SMK DATO' PENGGAWA TIMUR -Rabiatul Addawiyah (Perempuan)
3. SMK PASIR GUDANG - Girija Narayanan (Perempuan)
Yap dan Rabiatul akan mewakili daerah pasir gudang ke pontian.
Pemenang pertandingan CaturKategori lelaki
1. SMK ULU TIRAM
2. SMK PASIR GUDANG
3. SMK DATO' PENGGAWA TIMUR
Kategori Perempuan
1. SMK ULU TIRAM
2. SMK TMN DAYA
3. SMK PASIR GUDANG
Wakil catur ke peringkat negeri ialah Anja Fahsya Bin Nasrun Adil dan Siti Nuraida Bt Nor Ahmad dari SMK ULU TIRAM.
Wakil pertandingan Scrabble peringkat negeri adalah SMK PASIR GUDANG (Kategori Lelaki) dan SMK DATO' PENGGAWA TIMUR (Kategori Perempuan).
Laporan penuh akan dihantar kemudian. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Mohon maaf andai ada kekurangan.
Sekian daripada Siti Delima Mohd Yusof

Friday, September 12, 2008

Kursus Literasi Komputer




Kursus ini diadakan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada para penyelaras tentang membina dan menyelenggara blog. Kursus ini telah diadakan di:

Tempat : SMK Permas Jaya
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer

Penghargaan kepada En Radzif kerana menganjurkan kursus ini dan kepada En Irwan Ismail diatas tunjuk ajar yang amat berguna.

Sekian, terima kasih

Daripada:
Pn Siti Delima Bte Mohd Yusof
Penyelaras KRK Tahun 2008

Selamat Datang

Selamat datang ke Blog Kelas Rancangan Khas SMK Tmn Johor Jaya 1.

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan pengendalian maklumat KRK dan sebagai bahan perantara untuk berkomunikasi dengan pihak yang berkepentingan.

Semoga blog ini membantu anda.

Terima Kasih.

Daripada :
Pn. Siti Delima Binti Mohd Yusof
Penyelaras KRK SMK Tmn Johor Jaya 1.