CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 24, 2008

Open house






Waktu menulis blog ini, saya berada di rumah saya di Taman Pinggiran Saujana, Kajang, Selangor. Lepas sembahyang jumaat kami sekeluarga pun bertolak balik. Hari ini, hari Sabtu, ada jiran buat kenduri kahwin. Sejak tiba malam tadi, suami sibuk menolong apa-apa kerja yang patut. Petang ini, kami akan ke Tasik Kesuma, ada open house officemate husband. Malam ni pun.

Teringat open house Haji Hamid PK1 SMKTJJ1, cantik dan besar rumah Haji. Haji Hamid dapat layan semua tetamu walau yang datang ramai sekali dalam satu masa. Terima kasih Haji. Layanan dan hidangan sangat dihargai. Setakat ini, saya dah ke rumah Cikgu Norbaya, ex class teacher 1rk1 coz now she incharge of form 5, rumah cikgu adila, ex rk KH teacher coz now she's with the afternoon session team.

As for my house in Kajang tak de open house tahun ni, walaupun selama ini menjadi kebiasaan saya dan suami. Ini antara perkara yang buat kami terkilan kerana berada di rantauan.
Mujur anak-anak murid tersayang ada berkunjung ke rumah sewa di Jalan Bakawali.

Permintaan rakan dan saudara untuk berkunjung juga terpaksa dihampakan kerana kami tiada di Kajang.Mohon semua bersama-sama berdoa agar saya berjaya dapat transfer. Kerana moto hidup saya, suami ceria anak gembira saya bahagia.
antara yang lain-lain boleh jugak melawat ke http://ctde5.blog.friendster.com/

En. Radzif ..bila nak jemput kami ke open house tuan? maaf ye, blog krk dah jadi lebih personal.

0 comments: