CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 24, 2008

Bermarhaban di bulan Syawal, Adat negeri Johor yang sungguh mulia.

Bulan Syawal memberi seribu kebahagiaan pada saya sekeluarga. Banyak kenangan saya perolehi di negeri Johor yang sangat manis untuk saya bawa balik ke Selangor andai saya berjaya dalam permohonan transfer saya le.

Adat bermarhaban dari rumah ke rumah yang sedang berjalan hebat di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya sangat memberi kesan di hati saya dan suami. Rumah saya terasa penuh keberkatan sesudah dua kali menerima kunjungan rombongan marhaban lelaki dan perempuan.

Cuma saya kurang persediaan dalam menyediakan juadah dan duit raya kerana kurang arif dan kurang pendedahan tentang apa yang patut saya standby sebagai tuan rumah. Tapi andai kata saya meraikan bulan Syawal di Johor buat kali kedua tahun 2009, saya sudah tahu apa yang patut saya buat.

Terima kasih kepada rombongan marhaban yang ikhlas memeriahkan acara sekaligus memberi peluang kepada semua orang untuk berkongsi nikmat pahala yang pada saya extra marks lah.

SMK TJJ1 pun tidak ketinggalan apabila pada 22 Oktober yang lalu iaitu pada hari Rabu, kami telah sama-sama rewang dan mengadakan majlis sambutan jamuan hari raya plus marhaban. Sebagai guru baru, seorang anak rantau , aktiviti seperti ini sangat menyeronokkan. (Rewang pun satu perkataan yang saya dapat dari negeri Johor ni). Bak kata pepatah, makes me feel like home lah.

Maaf gambar tak de..kena mintak dari cikgu2 lain. Kemudian saya uploadkan gambar saya racikkan ayam, assist ketua bidang bagi duit raya, makan ramai-ramai dan banyak lagi.


Cuba surf Page ni ,menarik http://www.marhabandiastro.com/2008/index.html

Akhir kata selamat bermarhaban.

0 comments: