CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 25, 2008

Pengenalan kepada KRK SMK TJJ1

SEKOLAH MENENGAH TAMAN JOHOR JAYA 1

KELAS RANCANGAN KHAS
(KRK)
KECEMERLANGAN RAIH KEGEMILANGAN

MISI
Kelas Rancangan Khas berhasrat menyediakan standard pembelajaran yang tinggi demi melahirkan murid yang berketrampilan dan cemerlang.

VISI
Kelas Rancangan Khas berusaha untuk membentuk membentuk murid supaya boleh menyerlahkan potensi sebenar dari segi komitmen dan kualiti agar boleh bersaing dalam dunia global, dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif berteraskan penambahbaikan yang berterusan.




MATLAMAT
Melahirkan murid yang cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

OBJEKTIF
1. Menghasilkan 100% murid mendapat ‘Perfect Score’ dalam pencapaian
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2. Menyediakan wakil-wakil sekolah dalam pertandingan kokurikulum di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
3. Menghasilkan murid-murid yang mewakili dan mengamalkan
keperibadian tinggi dan mulia sepanjang masa.
4. Menjadi ‘Role Model’ kepada murid-murid lain.

LATAR BELAKANG KELAS RANCANGAN KHAS
Kelas Rancangan Khas (KRK) ini bermula pada awalnya sebagai satu alternative kepada murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum namun gagal mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Hal ini kerana bilangan tempat di SBP yang terhad. Keutamaan diberikan kepada murid luar Bandar yang serba-serbi kekurangan. Murid-murid ini ditempatkan di sekolah-sekolah yang menawarkan KRK.
Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh tiga puluh tahun yang akan datang, kurikulum pendidikan memainkan peranan yang penting untuk membina rakyat yang boleh menguruskan kerjaya dan kehidupan mereka serta menangani cabaran dalam dunia yang bertambah kompleks ini.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dirancang untuk memenuhi keperluan demikian, namun pencapaian pelajar pada keseluruhannya masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ada sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang terlalu ramai membuatkan situasi pembelajaran menjadi kurang kondusif. Keadaan ini jika berlarutan boleh menjejaskan cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.
S
etelah mengkaji perspektif ini dengan teliti, Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ, mengambil inisiatif membuka KRK bagi 16 sekolah Premier yang mempunyai asrama harian dalam menampung kekurangan tempat di SBP. Adalah sesuatu yang malang, bilangan pelajar yang berjaya mencapai tahap prestasi yang cemerlang gagal menyambung pelajarannya di SBP.
Natijahnya, KRK diwujudkan atas kesedaran untuk memastikan pelajar Bumiputra memperoleh tahap prestasi pembelajaran yang cemerlang.
KRK di SMK Taman Johor Jaya 1 telah menerima kemasukan pertama pada tahun 2008 dengan menempatkan seramai 47 orang pelajar tingkatan 1 dalam dua kelas berasingan iaitu 1RK1dan 1RK2.



0 comments: